Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7_9

Xiaomi SU7 Akan Mula Dijual Di China Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Mac 12, 2024 · Dikemas kini Mac 12, 2024 oleh Amalina Athman

Kenderaan elektrik (EV) pertama Xiaomi, iaitu SU7 telah pun membuat penampilan sulung pada Disember tahun lalu. Walaupun ketika itu Xiaomi telah mendedahkan spesifikasi SU7, namun tidak dinyatakan butiran harga dan ketersediaannya.

Kini, Xiaomi mengumumkan SU7 secara rasmi akan tersedia untuk pasaran China pada 28 Mac 2024 – sekali gus bakal menamatkan teka-teki mengenai harga EV berkenaan.

Berkaitan

  • Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Dalam siaran di Weibo, Xiaomi turut memaklumkan pembeli yang berminat akan berpeluang merasai pengalaman Xiaomi SU7 bermula 25 Mac ini.

Xiaomi SU7_7

Tempahan untuk SU7 juga sudah mula dibuka secara serentak di China, dengan 59 kedai di 29 bandar mengambil bahagian.

Excited to announce the domestic launch of #XiaomiSU7 on March 28th! Delivering on our 3 year promise of cutting-edge technology and exceptional driving experience.

— Lei Jun (@leijun) March 12, 2024

Secara ringkas, EV Xiaomi hadir dalam dua edisi – Xiaomi SU7 dan SU7 Max. Untuk versi Max, ia mempunyai sistem pacuan empat roda dwi-motor yang membolehkan kereta memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 2.78 saat. Kelajuan maksimum juga boleh mencecah sehingga 265 km/j.

WhatsApp Image 2024-02-26 at 21.23.17

Walaupun Xiaomi telah memperlihatkan kereta itu kepada pengguna global di MWC Barcelona bulan lalu, Presiden Xiaomi Lu Weibing berkata ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun lagi sebelum mula dijual untuk pasaran global.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clkumpk
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clkumpl

Sumber: Xiaomi Weibo, via CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY