Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Smart Band 9_3

Xiaomi Smart Band 9 Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM199

Diterbitkan Ogos 15, 2024 · Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini mengumumkan penambahan baharu dalam barisan produk AIoT untuk pasaran Malaysia. Antaranya termasuk Xiaomi Smart Band 9.

Xiaomi Smart Band 9_03

Xiaomi Smart Band 9 dilengkapi paparan AMOLED 1.62-inci dengan resolusi 192×490, kadar segar semula 60Hz serta kecerahan skrin sehingga 1200 nit.

Xiaomi Smart Band 9_05

Dikuasakan bateri 233mAh, Smart Band 9 menawarkan sehingga 21 hari untuk penggunaan biasa dan 9 hari dengan always-on-display (AOD).

Dengan peningkatan 16% dalam ketepatan pemantauan degupan jantung, peranti boleh pakai ini menyediakan penjejakan kadar degupan jantung dan SpO2 sepanjang hari.

Xiaomi Smart Band 9 menyokong lebih 150 mod sukan, dengan ciri khusus untuk berlari dan berbasikal. Ia juga menawarkan 10 kursus larian serta metrik seperti VO2 max dan masa pemulihan untuk mengoptimumkan prestasi.

Lain-lain termasuk sokongan lebih 200 muka jam, Bluetooth 5.4, ketahanan air 5ATM serta serasi dengan Android 8.0 dan iOS 12.0 atau yang lebih baharu.

Xiaomi Smart Band 9_02

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Glacier Silver, Midnight Black, Arctic Blue dan Mystic Rose.

Harga

Xiaomi Smart Band 9

Xiaomi Smart Band 9 tersedia di Malaysia pada harga RM199. Walaupun begitu, pengguna boleh mendapatkannya pada harga promosi RM159 dengan hadiah percuma, untuk tempoh terhad.

Beli Xiaomi Smart Band 9 di kedai rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/cllkbu3
  • Lazada – https://invol.co/cllkbv3

Berkaitan

  • Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi
  • Xiaomi 15 Ultra Dilapor Ada 4 Kamera, Termasuk Lensa Telefoto 4X 200 MP
  • Apple Jauh Dahului Pasaran Tablet Global, Huawei Dan Xiaomi Catat Peningkatan Paling Ketara
  • Harga Promosi RM1249, Xiaomi Bawa Masuk 3 Model TV 4K Untuk Pasaran Malaysia

Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY