Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi

Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 6, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2024 oleh ariff bukhari

Berkenaan ura-ura terbaru tentang telefon pintar Xiaomi, gergasi telefon pintar China itu dilaporkan sedang bersiap sedia untuk pelancaran HyperOS 2.0 yang khabarnya akan dimuatkan dengan ciri pengesanan kamera tersembunyi.

Ciri tersebut akan menggunakan isyarat rangkaian kawasan setempat (WLAN) tanpa wayar.

Menggunakan ciri ini, pengguna telefon Xiaomi akan dapat mengesan peranti yang mencurigakan, dengan mengandaikan bahawa kamera itu sendiri disambungkan ke rangkaian Wi-Fi tempatan.

Beberapa tangkapan skrin ciri Pengesanan Kamera Tersembunyi yang didakwa, memaparkan mesej dengan jelas, “Kesan kamera tersembunyi untuk melindungi privasi dan keselamatan peribadi anda.”

Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi
Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi

Dari tangkapan skrin di atas juga mencadangkan bahawa pengguna akan dapat mengimbas peranti lain yang mencurigakan.

Ciri privasi HyperOS 2.0 baharu ini nampaknya diilhamkan oleh program berasaskan Python yang dibangunkan sebelum ini bernama Ingram.

Program Ingram mengesan kelemahan kamera dengan menyaring alamat IP. Alat ini seterusnya merangkumi ciri seperti analisis kekuatan isyarat, penyiaran SSID, pengenalan alamat MAC dan analisis trafik rangkaian.

Ciri keselamatan ini akan membantu pengguna, terutamanya pengembara yang sering tinggal di lokasi baharu dengan kerap.

HyperOS 2.0 dijangka melancarkan ciri pengesanan kamera tersembunyi tersebut pada Oktober tahun ini.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Ini Senarai Penuh Produk Xiaomi Yang Sudah Dikategorikan Sebagai Akhir Hayat (EOL)
  • Xiaomi Sedang Adakan Jualan 'Kaw-Kaw', Kamera Keselamatan Pintar Hanya RM119
  • Pelayar Safari Terima Ciri 'Distraction Control', Pengguna Beta Boleh Cuba Sekarang

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY