Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 27, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini turut memperkenalkan Xiaomi Smart Band 10, model generasi ke-10 dalam barisan peranti boleh pakai mereka.

Dari segi rekaan, Xiaomi Smart Band 10 kini hadir dengan paparan AMOLED 1.72-inci dengan bezel ultra nipis, sokongan kadar segar semula 60Hz serta maksimum kecerahan 1,500 nit.

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Peranti boleh pakai ini tersedia dalam kemasan logam dengan pilihan warna Black, Silver, Rose Gold dan Green, selain varian seramik seperti Pearl White, Purple dan Gray.

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar
Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Pengguna boleh menyesuaikan penampilan dengan pilihan tali jam baharu, termasuk tali knit sutera 100%.

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Untuk fungsinya, Xiaomi Smart Band 10 dilengkapi sensor 9-paksi baharu, pengesanan gaya renang berasaskan AI, pemantauan tidur lebih canggih dengan pelan penambahbaikan disediakan pakar serta paparan kadar degupan jantung secara masa nyata.

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Melalui integrasi dalam ekosistem Xiaomi AIoT, Xiaomi Band 10 boleh mengawal PC, tablet, peralatan pintar dan juga kenderaan elektrik (EV) Xiaomi. Pengguna boleh melaras tetapan media, suhu dan tempat duduk secara terus dari pergelangan tangan.

Harga & Ketersediaan

Xiaomi Smart Band 10 Diperkenal Dengan Skrin Lebih Besar

Untuk pasaran China, harga bermula 269 yuan (~RM158) bagi versi standard logam, 319 yuan (~RM188) untuk model NFC dan 379 yuan (~RM223) edisi seramik.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi bila ia akan dilancarkan untuk pasaran global.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi - Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi
  • Xiaomi Mix Flip 2 Rasmi - Snapdragon 8 Elite, Bateri Lebih Besar
  • Xiaomi Pad 7S Pro 12.5 Dilancar – Cip 3nm Sendiri, HyperOS, Cas Pantas 120W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY