Xiaomi kini turut memperkenalkan Xiaomi Pad 7S Pro 12.5, tablet andalan terbaharu yang menampilkan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, paparan, bateri dan pengalaman pintar AI.
Ia menjadi peranti pertama Xiaomi menggunakan cip 3nm hasil pembangunan sendiri, Xiaomi XRING O1, sekali gus meletakkannya dalam kelas tersendiri untuk kecekapan kuasa dan kuasa pemprosesan.
Tablet ini hadir dengan paparan LCD 12.5 inci beresolusi 3.2K, kecerahan puncak sehingga 1000 nits, sokongan DC dimming penuh, dan sijil TÜV Rheinland yang menawarkan keselesaan visual yang unggul walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Menjalankan HyperOS 2, Pad 7S Pro menekankan integrasi pintar dan prestasi AI untuk produktiviti mudah alih.
Antara ciri utama ialah mod Workstation, Global Search, AI Writing, AI Art (Mi Canvas), dan AI Calculator, membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan lancar dan cekap.
Walaupun hadir dengan rekaan logam unibody ultra-nipis 5.8mm dan berat hanya 576g (atau 585g untuk versi Matte Glass), ia dimuatkan dengan bateri besar 10,610mAh serta HyperCharge 120W yang mampu mengecas penuh dalam hanya 36 minit.
Ciri AI Smart Charging membantu memanjangkan hayat bateri berdasarkan corak penggunaan, dan ia juga menyokong 7.5W pengecasan berbalik.
Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera hadapan 32MP untuk panggilan video dan kamera utama 50MP. Sambungan Wi-Fi 7 turut disokong bagi memastikan prestasi rangkaian lebih pantas dan stabil.
Xiaomi Pad 7S Pro 12.5 turut hadir dengan aksesori rasmi seperti Focus Keyboard, Keyboard Pro, Focus Pen, dan Pad Cover untuk pengalaman lengkap dalam mod kerja mahupun hiburan.
Tablet ini tersedia dalam lima warna, iaitu Black, Purple, Titanium Silver, Basalt Gray, dan versi khas Matte Glass, dengan harga bermula dari RMB3,299 (~RM1,946), manakala versi Matte Glass bermula dari RMB4,099 (~RM2,418).
{suggest}
