Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XiaomI HyperOS

Xiaomi Sedari 3 Pepijat Kritikal Yang Ada Pada HyperOS

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 27, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi baru-baru ini mengumumkan secara rasmi bahawa terdapat tiga isu perisian besar yang sedang menjejaskan sistem HyperOS pada beberapa model utama dan pertengahan mereka.

Masalah yang dikenal pasti itu adalah berkaitan dengan skrin hitam dan tidak responsif , isu skrin sentuh jadi tidak stabil (Ghost Touch) dan telefon terpadam sendiri dan masuk Recovery Mode.

Xiaomi memperincikan, pengguna  Xiaomi 12T yang menjalankan versi HyperOS OS2.0.5.0.VLQIDXM dan OS2.0.7.0.VLQMIXM menghadapi masalah skrin menjadi hitam dan telefon tidak boleh digunakan langsung.

Isu kedua pula adalah isu “ghost screen” yang menjejaskan  pengguna POCO X6 Pro 5G yang melaporkan isu sentuhan tidak tepat menggunakan versi OS2.0.102.0.VNLIDXM.

Isu ketiga pula berkaitan dihadapai oleh pengguna Redmi A3/A5 di mana telefon terpadam sendiri dan masuk Recovery Mode.

Model ini menghadapi reboot secara tiba-tiba yang menyebabkan telefon terus masuk ke mod pemulihan (recovery). Masalah ini berlaku pada versi OS1.0.4.0.VGRMIXM dan OS1.0.6.0.VGRMIXM.

Ekoran itu, Xiaomi telah ambil maklum dan semua isu ini sedang disiasat dengan tindakan menghentikan sementara pengedaran versi yang terjejas.

Berkaitan

  • Huawei Kini Raja Peranti Boleh Pakai, Atasi Xiaomi, Apple Dan Garmin - IDC
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Huawei FreeBuds 6 Kini Tersedia Dengan Harga RM699

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY