Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Disember 28, 2017 · Dikemas kini Disember 28, 2017 oleh Helmi Samsuri

Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu model telefon pintar itu boleh dipasarkan di dalam negara ia harus melepasi beberapa proses pensijilan dari SIRIM. Berdasarkan pengkalan data SIRIM yang terbaru, ia memperlihatkan sebuah model dengan nama kod “MDGI”, dipercayai adalah Xiaomi Redmi 5.

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Dilancarkan secara rasmi disamping sebuah lagi model versi Plus, Redmi 5 diperkenalkan sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang menampilkan nisbah paparan 18:9, pertama dalam kelasnya.

Mempunyai skrin paparan berukuran 5.7 inci, ia membawakan spesifikasi seperti berikut…

  • Snapdragon 450
  • RAM 2GB/ 3GB
  • Storan dalaman 16GB/ 32GB
  • bateri 3300mAh
  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Satu lagi model yakni, Redmi 5 Plus juga dilapor sudah tersenarai dalam pengkalan data SIRIM dan spesifikasinya adalah seperti berikut…

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

  • Snapdragon 625
  • RAM 3GB/ 4GB
  • Storan dalaman 32GB/ 64GB
  • bateri 4000mAh
  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Dengan penyenaraian model-model ini di dalam pengkalan data SIRIM, ia bermaksud Mi Malaysia bakal bersiap sedia mengumumkan penawarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY