Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Pad SE 8.7

Xiaomi Perkenalkan Redmi Pad SE 8.7 Dan Redmi Pad SE 8.7 4G, Harga Dari RM599

Diterbitkan Ogos 22, 2024 oleh ariff bukhari

Xiaomi hari ini memperkenalkan Redmi Pad SE 8.7 dan varian 4Gnya, untuk pasaran Malaysia.

Redmi Pad SE 8.7 dan Redmi Pad SE 8.7 4G dilengkapi paparan 8.7 inci dengan kecerahan sehingga 600 nits dengan kedalaman warna 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan kadar penyegaran sehingga 90Hz.

Xiaomi Perkenalkan Redmi Pad SE 8.7 Dan Redmi Pad SE 8.7 4G, Harga Dari RM599
Redmi Pad SE 8.7 juga dilengkapi pembesar suara dwi stereo dengan sokongan Dolby Atmos®.

Dilengkapi dengan pemproses MediaTek Helio G85 octa-core, Redmi Pad SE 8.7 dan varian 4Gnya mudah mengendalikan pelbagai tugas dan permainan.

Ia juga dimuatkan dengan bateri 6,650mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Untuk Redmi Pad SE 8.7, ia hanya senipis 8.8mm dan berat 373 gram, manakala varian 4G pula hanya seberat 375 gram.

Xiaomi Perkenalkan Redmi Pad SE 8.7 Dan Redmi Pad SE 8.7 4G, Harga Dari RM599
Redmi Pad SE 8.7 4G menampilkan sokongan 4G dan dwi slot kad SIM, memastikan akses internet tanpa gangguan di mana sahaja anda berada.

Redmi Pad SE 8.7 dan varian 4Gnya didatangkan dalam tiga warna: Grafit Grey, Aurora Green dan Sky Blue, dengan dua varian: 4GB+64GB dan 6GB+128GB.

Berikut adalah harga jualannya:

  • Redmi Pad SE 8.7 (6GB+128GB) – RM599
  • Redmi Pad SE 8.7 4G (4GB+64GB) – RM599
  • Redmi Pad SE 8.7 4G (6GB+128GB) – RM699

Untuk perlindungan dan gaya tambahan, aksesori penutup hitam juga ditawar pada harga RM149.

Tapi sempena pelancarannya, dari 23 Ogos hingga 1 September, anda boleh menikmati promosi awal eksklusif dengan mendapatkan aksesori tersebut secara percuma (bernilai RM 149) dengan sebarang pembelian Redmi Pad SE 8.7, sementara stok masih ada.

Beli Redmi Pad SE 8.7 dan Redmi Pad SE 8.7 4G di:

  • Shopee – https://invl.io/clllh4q
  • Lazada – https://invol.co/clllh4t

Sumber: Siaran media Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Harga Promosi RM1249, Xiaomi Bawa Masuk 3 Model TV 4K Untuk Pasaran Malaysia
  • Xiaomi Smart Band 9 Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM199
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i Dijual Pada Harga RM1,899
  • Xiaomi Antara 3 Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia, Catat ~RM54.6 Bilion Keuntungan Pada Suku Ke-2 2024

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY