Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_01

Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i Dijual Pada Harga RM1,899

Diterbitkan Ogos 16, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain TV dan penjejak kesihatan, Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i turut diperkenalkan. Ia direka untuk kegunaan penggemar permainan e-sukan.

Monitor ini hadir dengan skrin 27″ dengan kadar segar semula 180Hz termasuk 1152-zon Mini LED untuk visual yang cantik. Selain itu, turut dilengkapi HDR1000, masa tindak balas 1ms, teknologi FreeSync, gamut warna 99% DCI-P3, 100% sRGB dan penarafan TÜV kurang cahaya biru. Malah, skrinnya juga boleh diputar sehingga 90°.

Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_02
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_03
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_04
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_05
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_06
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i_07

Dari segi sambungan, ia hadir dengan port DP, HDMI, bicu audio dan DC In untuk kuasa. Harga rasmi bagi monitor ini adalah RM1,899 tetapi sekarang Xiaomi menawarkan promosi di mana boleh didapati pada harga RM1,599 sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY