Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung s22

Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android Sehingga 5 Tahun

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh ariff bukhari

Pada awal Februari lalu, Samsung Electronics Co., Ltd. telah pun mengumumkan bahawa peranti-peranti mereka akan menerima sokongan kemas kini Android sehingga 5 tahun.

Ia sekaligus menjadikan syarikat telefon pintar Korea Selatan itu sebagai yang pertama menawarkan kemas kini Android untuk tempoh paling lama setakat ini.

Kemas kini itu meliputi 4 generasi naik taraf One UI dan kemas kini keselamatan.

Samsung menyatakan, kemas kini keselamatan Android itu apabila dipadankan bersama sistem keselamatan yang dibangunkan mereka iaitu Samsung Knox sekaligus meningkatkan lagi ciri keselamatan pda peranti-peranti Samsung.

Berikut adalah senarai telefon pintar Samsung yang bakal menerima kemas kini keselamatan Android dan naik taraf One UI untuk 4 generasi:-

1. Galaxy S Series:

  • Galaxy S22, S22+, S22 Ultra
  • Galaxy S21, S21+, S21 Ultra, S21 FE
  • Peranti siri S akan datang

2. Galaxy Z Series:

  • Galaxy Z Fold3,
  • Galaxy Z Flip3
  • Peranti siri Z akan datang

3. Galaxy A Series:

  • Peranti siri A terpilih akan datang

4. Galaxy Tablets:

  • Galaxy TabS8, S8+, S8 Ultra
  • Peranti siri Tab S  akan datang

Berikut pula peranti Galaxy Watch yang akan terima sehingga 4 tahun naik taraf One UI Watch dan Wear OS:-

1. Galaxy Watch:

  • Galaxy Watch4, Galaxy Watch4 Classic
  • Siri Galaxy Watch akan datang

Disamping itu Samsung juga memaklumkan, bagi model-model peranti Galaxy yang tidak termasuk dalam senarai menerima naik taraf 4 generasi One UI, peranti-peranti itu masih akan menerima naik taraf sehingga 3 generasi One UI.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY