Garmin Malaysia Lancar Siri Instinct 2, Bateri Tahan Hingga Sebulan

Garmin Malaysia hari ini telah membawa masuk siri popular mereka yang terbaharu, iaitu Instinct 2 dan Instinct 2s.

Melaluinya, Garmin mengatakan ia mampu memberi ketahanan bateri hingga 4 minggu atau sebulan dalam mod smartwatch. Malah, terdapat juga model yang dilengkapi teknologi solar di mana jam tangan pintar ini boleh bertahan lebih lama dengan bantuan solar.

Selain itu, ia didatangkan dua saiz berbeza, iaitu 45mm (instinct 2) dan 40mm (instinct 2s). Dibina dengan memenuhi piawaian gred tentera 810 untuk kalis haba dan hentakan serta ketahanan dalam air sehingga 100 meter.



Tambahan lagi, beberapa ciri terbina ditawarkan seperti Surf Editions, Tactical Editions dan Camo Editions. Kesemuanya turut boleh dipadankan dengan aplikasi Garmin Connect IQ yang boleh dimuat turun untuk kegunaan penukaran muka jam serta penjejakan kesihatan lain.

Harga permulaan untuk kedua-dua jam tangan pintar ini adalah bermula RM1630. Bagi yang berminat, Instinct 2 dan Instinct 2s sudah boleh didapati sekarang menerusi AECO e-store, Shopee dan Lazada.

Sumber: Siaran Akhbar Garmin Malaysia

Baca juga: