Xiaomi Paten Rekaan Telefon Pintar Dengan Fon Telinga TWS Terbina

Xiaomi baru-baru ini telah mempatenkan paparan skrin hampir menyeluruh dan satu kamera utama 108MP dengan lensa zoom atau “AI Super Camera”. Kini, paten lain pula telah muncul yang memperlihatkan telefon pintar dengan fon telinga TWS terbina.

xiaomi tws

Dokumen paten tersebut telah dihantar ke The Hague International Design System, dimana ia merupakan sebahagian daripada World Intellectual Property Office (WIPO).

Jika dilihat daripada imej yang disertakan, telefon pintar tersebut boleh menyimpan sepasang fon telinga TWS. Konsepnya adalah hampir sama seperti ruang untuk menyimpan S Pen pada siri Samsung Galaxy Note.



Paten tersebut tidak memberikan perincian mengenai fungsi TWS itu, namun boleh dijangka ia akan disambungkan melalui Bluetooth.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan jika Xiaomi akan menghasilkan telefon pintar dengan fon telinga terbina ini. Dengan memuatkan TWS secara terbina, ia juga memerlukan ruang yang banyak untuk sebuah telefon pintar.

Sumber: LetsGoDigital