Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14 Ultra Global_9

Siri Xiaomi 14 Akan Tiba Di Malaysia Pada 7 Mac Depan

Diterbitkan Februari 26, 2024 · Dikemas kini Februari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Baru sahaja dilancarkan semalam untuk pasaran global, Xiaomi Malaysia kini mengesahkan siri Xiaomi 14 akan tiba untuk pasaran tempatan pada 7 Mac 2024.

Berkaitan

  • Xiaomi 14 Dan 14 Ultra Kini Rasmi Untuk Pasaran Global
  • Senarai Telefon Akan Terima Xiaomi HyperOS Versi Stabil
  • Xiaomi Watch S3, Watch 2, Smart Band 8 Pro Turut Diumumkan

Sama seperti pasaran global lain, barisan Xiaomi 14 menampilkan dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Bermakna, Xiaomi 14 Pro kekal eksklusif untuk pasaran China.

Kedua-dua model ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 serta menjalankan Xiaomi HyperOS.

Xiaomi 14 series Malaysia

Tidak seperti versi China, Xiaomi 14 hanya tersedia dengan konfigurasi memori 12GB+256GB dan 12GB+512GB, manakala Xiaomi 14 Ultra dengan satu varian iaitu 16GB+512GB.

Selain dua model ini, Xiaomi turut mengesahkan kehadiran Xiaomi Watch S3, Watch 2 dan Smart Band 8 Pro untuk pasaran Malaysia.

Bagi mengetahui maklumat rasmi, termasuk harga, nantikan pelancarannya pada 7 Mac 2024 akan datang.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clks461
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clks45y

Sumber: Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY