Xiaomi Beri Pilihan Pembelian Mi 11 Tanpa Atau Bersama Pengecas 55W GaN Dengan Harga Sama

Xiaomi baru sahaja melancarkan Mi 11 sebentar tadi. Melalui pelancaran Mi 11, Xiaomi telah menampilkan sejumlah spesifikasi yang menarik pada peranti itu. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, CEO Xiaomi telah mengesahkan Mi 11 akan hadir dengan kotak yang lebih ringan dan nipis tanpa pengecas yang disertakan dalam kotak pembungkusan.

Terbaru, Xiaomi mengumumkan mereka tidaklah secara terus menawarkan Mi 11 tanpa pengecas. Sebaliknya, syarikat itu memberikan pilihan kepada pengguna sama ada mahukan pengecas atau sebaliknya.



Bagi memberikan perlindungan kepada alam sekitar, Mi 11 hadir dengan dua versi, iaitu Standard Edition hadir dengan tanpa pengecas dan kabel pengecasan. Manakala, Package Edition pula ditawarkan dengan pengecas 55W GaN berserta kabel pengecasan. Menariknya, kedua-dua versi ini diletakkan pada harga yang sama.

Pendekatan yang diambil Xiaomi sudah tentu adalah berbeza dari apa yang dilakukan pihak Apple. Walaupun kemungkinan untuk masa akan datang, Xiaomi mungkin tidak lagi memberikan pilihan kepada pengguna. Namun, dengan secara perlahan-lahan bermula dengan memberikan pilihan kepada pengguna terlebih dahulu, ia dilihat tindakan yang lebih baik.

Ini kerana, perubahan drastik dalam sesuatu perkara menjadikan pengguna tidak bersedia dan seterusnya lebih sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan.

Sumber: Weibo