
Melalui persidangan MiDC 2020, Xiaomi telah mengumumkan teknologi lensa teleskop baharu. Teknologi kamera dengan rekaan lensa periskop ini boleh dikeluarkan seakan lensa yang terdapat pada kamera kompak.
Menurut Zeng Xuezhong, Timbalan Presiden Xiaomi, teknologi ini diinspirasikan daripada kamera tradisional.
https://www.youtube.com/watch?v=G477J7EuCsk
Menerusi video yang dikongsikan, kamera tersebut secara automatik akan ditarik ke dalam apabila tidak digunakan.
Ia mempunyai dua kelebihan termasuk aperture yang lebih besar, di mana ia membolehkan peningkatan penerimaan cahaya sebanyak 300%. Dengan itu, gambar waktu malam dapat dirakam dengan lebih baik.

Kedua, kamera ini didatangkan dengan teknologi anti-shake yang menawarkan imej lebih stabil dengan ketajaman imej yang dipertingkatkan sehingga 20%. Pengguna juga dapat merakam gambar dengan jelas walaupun terdapat gegaran semasa merakam gambar tersebut.
Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengumumkan bila teknologi itu akan dilancarkan untuk telefon pintar.
Sumber: Weibo via GizmoChina
Berkaitan
- Xiaomi Perkenal Pengecas 20W USB-C Yang Boleh Digunakan Pada iPhone 12, Berharga Sekitar RM24
- Tiada Model Terbaru Mi Mix Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini - CEO Xiaomi
- Telefon Boleh Lipat Google, Xiaomi Dan OPPO Dilapor Akan Dilengkapi Panel OLED Dari Samsung
- CEO Xiaomi Dedahkan Paparan Sekunder Mi 11 Ultra Guna Skrin Mi Band 5
- Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal
- Xiaomi Mi 12 Dilapor Akan Jadi Peranti Pertama Guna Cip Snapdragon 895
- Xiaomi Mi 11 Akan Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 875
- Xiaomi Mi 11 Dengan Android 11 Dan Snapdragon 888 Dikesan Pada GeekBench
- Xiaomi Dilapor Dalam Perancangan Untuk Bangunkan Kereta Sendiri
- Cip Snapdragon 875 Dijangka Akan Meningkatkan Harga Peranti Flagship Xiaomi Pada 2021