Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14 global launch

Xiaomi 14 Dan 14 Ultra Kini Rasmi Untuk Pasaran Global

Diterbitkan Februari 25, 2024 · Dikemas kini Februari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi secara rasmi kini melancarkan siri Xiaomi 14 untuk pasaran global. Barisan ini terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra, sementara Xiaomi 14 Pro kekal eksklusif untuk pasaran China.

Berkaitan

  • Telefon Xiaomi Anda 'Auto-Download' Aplikasi? Ini Cara Penyelesaiannya
  • Jadikan Xiaomi 14 Ultra Perintis Kemajuan Pengimejan Mudah Alih, Xiaomi Dan Leica Lancar Institut Optik

Kedua-dua model ini hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 serta menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS. Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra akan menyertakan kemas kini 4 generasi sistem operasi Android, serta tampalan keselamatan selama 5 tahun.

Pengguna kedua-dua peranti boleh mendapatkan 100GB storan awan Google One selama 6 bulan, 3 bulan YouTube Premium dengan akses tanpa iklan ke YouTube dan aplikasi YouTube Music.

Antara lain, ia menyokong sambungan Wi-Fi 7, rangkaian 5G, Bluetooth 5.4, NFC, Dolby Atmos serta penarafan IP68.

Xiaomi 14 Ultra

Xiaomi 14 Ultra Global_7

Sama seperti versi China yang dilancarkan beberapa hari lepas, Xiaomi 14 Ultra menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.73-inci yang menyokong resolusi WQHD+, kadar segar semula adaptif 1-120Hz LTPO serta maksimum kecerahan 3,000 nit. Panel peranti mempunyai perlindungan Xiaomi Shield Glass. Sementara bingkainya diperbuat daripada aluminium.

Xiaomi 14 Ultra Global_6

Beralih ke bahagian belakang peranti, terdapat pepulau berbentuk bulat yang agak besar, menempatkan modul kamera dengan tetapan empat lensa Leica Summilux.

Untuk kamera utama, ia mempunyai lensa 50MP dengan sensor 1″ Sony LYT-900 serta apertur boleh ubah ƒ/1.63-ƒ/4.0. Terdapat tetapan dua telefoto iaitu 50MP telefoto 75mm dengan 3.2x zum optikal dan 50MP periskop 120mm sehingga 5x zum optikal – kedua-duanya dengan IMX858 dan masing-masing menyokong 10cm serta 30cm makro. Terakhir, lensa 50MP IMX858 ultra lebar (ƒ/1.8).

Xiaomi 14 Ultra Global_4

Dengan Xiaomi AISP, ia dilengkapi ciri seperti Ultra Zoom 30X, UltraRAW dan UltraHDR. Peranti ini juga mempunyai keupayaan rakaman gambar pada kelajuan 0.7 saat.

Xiaomi 14 Ultra Global_5

Kapasiti bateri sebanyak 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan 80W wayarles. Dua pilihan warna tersedia iaitu Black dan White.

Xiaomi photography Kit

Bersama pengumuman Xiaomi 14 Ultra, Xiaomi turut memperkenalkan Photography Kit. Ia termasuk camera grip dengan kapasiti bateri 1,500mAh melalui sambungan wayar Type-C, butang rakaman video, pelaras zum, shutter serta filter adaptor 67mm dan sebagainya.

Xiaomi 14

Xiaomi 14 Global_9

Xiaomi 14 membawakan saiz skrin 6.36-inci CrystalRes AMOLED dengan kadar segar semula adaptif 1-120Hz LTPO, maksimum kecerahan 3,000 nit, sokongan DCI-P3, Dolby Vision, HDR 10+ dan sebagainya. Melindungi panel hadapan peranti adalah Corning Gorilla Glass Victus.

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Jade Green, Black dan White.

Xiaomi 14 Global_7

Tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP utama (ƒ/1.6) dengan sensor 1/1.31″, 50MP ultra lebar (ƒ/2.2) serta 50MP telefoto (ƒ/2.0) dengan jarak fokus 75mm, 3.2x zum optikal + OIS.

Xiaomi 14 Global_8

Beralih ke bahagian dalam, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 4,610mAh bersama sokongan pengecasan 90W berwayar dan 50W wayarles.

Harga

Xiaomi 14 Ultra Global_9

Untuk pasaran global, Xiaomi 14 ditawarkan dengan harga bermula 999 euro (~RM5,162) untuk 12GB RAM + 256GB, manakala Xiaomi 14 Ultra berharga 1,499 euro (~RM7,753) bagi 16GB + 512GB.

Buat masa ini, belum ada pengumuman rasmi daripada Xiaomi Malaysia mengenai kehadiran siri Xiaomi 14 untuk pasaran tempatan.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clks0ou
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clks0p0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY