Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
under display camera Xiaomi

Xiaomi Perlihatkan Telefon Dengan Kamera Bawah Paparan, Akan Diperkenal Pada 2021

Diterbitkan Ogos 28, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi pada tahun lalu telah memperlihatkan prototaip dengan kamera hadapan bawah paparan, namun syarikat itu menyatakan teknologi tersebut masih belum sedia untuk ditawarkan kepada pengguna. Kini, Xiaomi mengesahkan akan melancarkan telefon pintar dengan kamera bawah paparan pada tahun 2021.

under display camera Xiaomi

Menerusi Under-Display Camera Technology, Xiaomi menggunakan “self-developed pixel arrangement” yang membolehkan skrin melepasi cahaya melalui ruang antara subpiksel, dimana setiap piksel dapat mengekalkan kedudukan subpiksel RGB yang lengkap tanpa mengurangkan kepadatan piksel.

Ini bermakna, pengguna tidak dapat mengesan modul kamera di bawah skrin dan seterusnya menjadikan rekaan skrin lebih baik.

Menerusi teknologi ini juga, ia menghasilkan rekaan litar khas untuk menyembunyikan lebih banyak komponen di bawah sub-piksel RGB bagi meningkatkan transmisi cahaya di kawasan kamera bawah paparan. Menurut Xiaomi,

“Combined with Xiaomi`s self-developed optimization algorithm, the new under-display camera offers a fully updated photography experience, matching the imaging performance of conventional front cameras”

Dalam pada itu, Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan Mi 10 Ultra yang dilengkapi dengan teknologi kamera canggih. Peranti ini juga telah memintas Huawei P40 Pro dalam carta DxOMark.

Sumber: Xiaomi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY