Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Ultra global

Xiaomi 13 Ultra Sah Akan Hadir Untuk Pasaran Global

Diterbitkan April 6, 2023 oleh Amalina Athman

Pada tahun lalu, peranti andalan Xiaomi 12s Ultra hanya dikekalkan eksklusif untuk pasaran China. Terbaharu, Xiaomi secara rasmi mengesahkan Xiaomi 13 Ultra akan diperkenal untuk pasaran global.

Berkaitan

  • Siri Redmi Note 12 Lancar Di Malaysia, Bermula RM659 Untuk 120Hz AMOLED
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599

Leica menerusi Twitter turut mengesahkan kerjasama strategik dengan Xiaomi diteruskan untuk model Ultra ini. Untuk sistem kamera Xiaomi 13 Ultra, Leica menyatakan peranti ini akan dilengkapi sistem optikal terkini, selain lensa Summicron baharu.

Marking another milestone for the strategic cooperation between Xiaomi and @leica_camera, and the mobile photography world.

Debuting this April, #Xiaomi13Ultra will be available in global markets in the coming months. https://t.co/ljTyEmFbGK

— Xiaomi (@Xiaomi) April 6, 2023

Dijadualkan membuat kemunculan pada bulan ini, Xiaomi 13 Ultra akan tersedia untuk pasaran global dalam beberapa bulan akan datang.

Alleged Xiaomi 13 Ultra receives the IMDA certification.#Xiaomi #Xiaomi13Ultra pic.twitter.com/6URMXp4tDD

— Mukul Sharma (@stufflistings) April 4, 2023

Ketika ini, peranti dengan nombor model 2304FPN6DG telah pun diluluskan oleh IMDA yang merupakan pengawal selia komunikasi Singapura. Sementara itu, semakan di SIRIM mendapati masih belum ada penyenaraian bagi Xiaomi 13 Ultra.

Dijangkakan, lebih banyak maklumat mengenai Xiaomi 13 Ultra akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang perasmiannya kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY