Xiaomi Mi Mix 2S Mungkin Peranti Pertama Menggunakan Snapdragon 845

Tidak sampai lima bulan telefon pintar Mi Mix 2 berada dipasaran, kini khabar angin mengenai model penggantinya sudah mula bertiup.

Bakal hadir menggunakan nama Mi Mix 2S, ia sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan model terdahulu. Walaubagaimanapun, tumpuan harus diberikan dibahagian cip pemprosesan kerana dipercayai ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 845.

Ura-ura dari China menyatakan model terbaru dari Xiaomi ini dijadualkan pelancarannya pada pertengahan Februari hadapan, beberapa hari sebelum berlangsungnya acara MWC 2018 di Barcelona.

Jika ramalan itu benar, ini menjadikan Mi Mix 2S sebagai peranti pertama yang rasmi menggunakan cip pemprosesan berprestasi tinggi tersebut. Namun, ada juga sesetengah pihak yang berpendapat model ini hanya akan dipasang dengan Snapdragon 835 sahaja.

Sumber: @MMDDJ_ via Droidholic