Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34 Diumumkan - Paparan Melengkung WQHD 21:9 Dengan 144Hz

Antara produk lain yang diumumkan oleh Xiaomi hari ini adalah sebuah monitor gaming melengkung Mi Curved Gaming Monitor 34. Ia sebelum ini telah dilancarkan di China pada bulan Oktober lalu.



Dengan paparan berukuran 34 inci, ia menawarkan pengalaman bermain permainan yang mengasyikkan dengan kadar segar semula 144Hz. Ia bernisbahkan 21:9, resolusi WQHD (3440 X 1440) dan mempunyai bezel nipis 2mm.

Teknologi panel yang disertakan adalah SVA manakala untuk warna ia  menyokong sRGB sebanyak 121%. Antara ciri lain adalah AMD FreeSync, kecerahan 300 nits dan kontras setinggi 3000:1.

Image

Lengkungan paparan adalah sebanyak 1500R. Untuk harga jualan, ia dipasarkan berharga 399 Euro (~RM1,947) di Eropah. Kemasukannya ke pasaran tempatan walau bagaimanapun masih belum diketahui.

 

Berkaitan