Xiaomi baru-baru ini telah menghantar 'jemputan' mengenai pelancaran peranti tersebut pada 23 Februari nanti di MWC Barcelona.
https://twitter.com/Xiaomi/status/1225962199098830848
Tiada banyak maklumat lain yang boleh didapati berkenaan Mi 10 dan 10 Pro melalui imej berkenaan. Namun sebelum-sebelum ini juga telah banyak khabar angin spesifikasi peranti tersebut.
Ia sudah semestinya akan dijana cip Snapdragon 865 dengan kamera utama sebesar 108MP. Baru-baru ini juga skor AnTuTu peranti berkenaan telah dipertontonkan yang menunjukkan prestasi peranti sangat berkuasa. Untuk varian Pro, ia dikhabarkan akan hadir dengan skrin OLED 120Hz, sehingga 16GB RAM, bateri besar bersaiz 5,260mAh, dan juga pengecasan pantas 66W.
Pelancarannya hanya pada sekitar 2 minggu lagi. Jadi semestinya akan lebih banyak lagi maklumat mengenai peranti ini yang akan muncul kelihatan di Internet. Sama-samalah kita nantikannya.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099
- Redmi 9 Mungkin Peranti Seterusnya Yang Akan Gunakan Cip MediaTek Helio G80
- Rangkaian Yoodo Sukar Diakses, Kini Dalam Proses Baik Pulih
- Xiaomi Perkenal Teknologi RAMDISK Untuk Tingkatkan Prestasi Ketika Bermain Permainan
- Skrin Ceramic Shield Pada iPhone 12 Terbukti Lebih Tahan Lasak Berbanding Model iPhone Sebelumnya
- Ming-Chi Kuo: iPhone Tahun 2021 Tidak Akan Mempunyai Lubang Pengecasan Lightning
- Ke Tepi Monitor 1080p 360Hz, Monitor 1440p 360Hz Kini Jadi 'Standard' Baharu Untuk Gaming
- OnePlus 7T Pro Diumumkan - Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Edisi McLaren
- Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime
- Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 - Lebih Murah Berbanding Watch GT 2