Kos Pengeluaran Meningkat Akibat Koronavirus, Tetapi Xiaomi Turunkan Harga Produk Mereka

Wabak Koronavirus masih belum lagi berpenghujung dimana ia sudah mencecah lebih dari 600 korban dan majoritinya adalah di China. Ekoran daripada penularan wabak ini, ia memberi impak besar kepada aktiviti logistik dan sektor pembekalan di sana.

Ia sekaligus meningkatkan kos barangan dan akibat daripadanya, pengguna yang terpaksa menanggung peningkatan harga tersebut. Dikenali sebagai "Kilang Dunia", kebanyakkan sektor global bergantung kepada sumber di China, termasuklah rantaian bekalan, pembuatan, dan logistik.

Sejak bermulanya kes jangkitan Koronavirus ini, Xiaomi telah mengambil pendekatan untuk melihatnya secara dekat dan turut sama menghulurkan bantuan kepada lokasi yang terjejas di China. Selain itu, Xiaomi juga menyedari peningkatan harga barangan membebankan pengguna.

Lanjutan daripada itu, Xiaomi mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga produk sebaliknya memberi penurunan harga kepada model yang laris dijual seperti siri Redmi Note 8. Ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna kepada Xiaomi malah ia menunjukkan pengguna adalah keutamaan mereka.

Penurunan harga itu bukan sahaja berlaku di China dimana beberapa model turut ditawarkan pada harga lebih rendah dari harga asal untuk pasaran Malaysia. Model-model adalah seperti berikut.

  • Redmi 8 RAM 4GB+64GB – RM549

  • Redmi Note 8 RAM 4GB+64GB – RM699

  • Redmi Note 8 RAM 4GB+128GB – RM799


Turut sama ditawarkan adalah siri Mi Note 10 dengan setiap pembelian akan hadir dengan telefon pintar percuma.

  • Mi Note 10 6+128 - RM 2099 (Percuma Mi A2 Lite)

  • Mi Note 10 Pro 8+256 - RM 2499 (Percuma Redmi 7A)