Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
diskaun xiaomi

Xiaomi by Vivid Concepts Bagi Diskaun Sehingga 90%, TWS Hanya RM9 Dan Telefon Pintar Serendah RM99

Diterbitkan Julai 6, 2023 · Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh ariff bukhari

Xiaomi Store Malaysia by Vivid Concepts akan mengadakan jualan pertengahan tahun bermula dari 7 Julai sehingga 16 Julai 2023 dengan menawarkan diskaun sehingga 90% untuk pelbagai produk mereka.

Antaranya adalah telefon pintar Xiaomi Redmi 9C dan Xiaomi Mi A2 yang boleh anda dapatkan hanya pada harga serendah RM99 sahaja.

diskaun xiaomi

Malah untuk produk-produk lain juga seperti fon telinga TWS Mi Redmi Buds 3, anda boleh dapatkannya hanya pada harga serendah RM9 sahaja dan Mi Robot Vacuum yang berharga RM1,399 dijual serendah RM99 sahaja.

diskaun xiaomi

Sebanyak 13 stor Xiaomi Store Malaysia by Vivid Concepts terlibat dengan jualan penghabisan pertengahan tahun ini termasuklah Suria KLCC, Mid Valley Megamall, The Gardens Mall, NU Sentral Mall, Pavilion Bukit Jalil, AEON Alpha Angle, Sunway Pyramid, IOI City Mall Putrajaya, AEON Nilai, AEON Seremban2, Paradigm Mall Johor Bahru, Mid Valley Southkey dan AEON Tebrau City.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua
  • Samsung Sudah Bersedia Untuk Acara 'Galaxy Unpacked 2023'
  • Nothing Sahkan Ear (2) Versi Hitam Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY