Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sudah Bersedia Untuk Acara ‘Galaxy Unpacked 2023’

Samsung Sudah Bersedia Untuk Acara ‘Galaxy Unpacked 2023’

Diterbitkan Julai 6, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan model telefon pintar terbaru Galaxy dalam bulan ini.

Untuk edisi ‘Galaxy Unpacked 2023‘ yang akan berlangsung pada 26 Julai ini, Samsung memberi bayangan bahawa mereka akan melancarkan model terbaru telefon pintar boleh lipat Galaxy Flip.

Samsung Sudah Bersedia Untuk Acara ‘Galaxy Unpacked 2023’

Acara itu yang akan diadakan di Seoul, Korea boleh ditonton secara langsung menerusi laman Samsung Newsroom, Samsung.com dan saluran YouTube Samsung bermula jam 7:00 malam waktu tempatan.

Antara ura-ura awal yang dilaporkan tentang telefon pintar boleh lipat terbaru yang akan Samsung perkenalkan nanti adalah Galaxy Z Fold5 dan Flip5 mungkin akan hadir dengan ciri pengecasan pantas 25W yang sama dengan generasi terdahulu.

Selain itu, Samsung mungkin juga akan turut memperkenalkan siri Tab S9, Galaxy Watch 6 dan TWS yang baharu.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Threads Kini Melepasi 2 Juta Pendaftaran Dalam Tempoh 2 Jam Pertama
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY