Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung A54

Samsung Galaxy A54 Dan A34 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Mac Ini

Diterbitkan Mac 6, 2023 ยท Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh Firdaus

Menurut pemberi maklumat terkemuka OnLeaks, terdapat sumber yang boleh dipercayai beliau menyatakan Samsung Galaxy A54 dan A34 akan dilancarkan pada 15 Mac ini.

OK… I won't vouch this one by 100% but I heard from a quite reliable source that #Samsung will officially unveil the #GalaxyA34 and #GalaxyA54 on March 15th… pic.twitter.com/eoidRjCRMS

— Steve H.McFly (@OnLeaks) March 1, 2023

Hal ini tidak mengejutkan dek kerana Samsung Galaxy A53 yang terdahulu juga dilancarkan pada pertengahan bulan Mac tahun lepas.

Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy A54 dan A34 yang didakwa bakal diperkenalkan Samsung kepada kita:

Samsung Galaxy A54

Samsung A54

Samsung Galaxy A54 bakal dikuasakan cip Exynos 1380, menawarkan skrin AMOLED berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz, memori RAM sebesar 8GB dan storan 256GB.

Selain itu, peranti ini menawarkan sistem 3 kamera – 50 MP f/1.8 utama, 12 MP f/2.2 ultra-lebar, 5 MP makro dan 32 MP swafoto.

Ia juga akan disokongkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W, penarafan IP67 dan bicu audio 3.5mm.

Samsung Galaxy A34

Samsung A34

Samsung Galaxy A34 pula dikhabarkan guna cip Dimensity 1080, skrin AMOLED berukuran 6.6 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, memori RAM 8GB dan storan 256GB.

Untuk kamera, Samsung A34 menawarkan sensor utama 48 MP f/1.8, 5 MP kamera makro, sensor kedalaman dan 13 MP swafoto.

Selain itu, A34 dikatakan hadir dengan bateri 5,000mAh yang sama dengan A54 dan pengecasan pantas 25W. Kedua-dua peranti ini akan menawarkan Android 13 dan One UI 5.x dari dalam kotak.

Berkaitan

  • Infinix Didakwa Membangunkan Teknologi Pengecasan 260W
  • CelcomDigi Catat Jumlah Pelanggan Terbesar Di Malaysia Tahun 2022
  • Gurman: Apple Mungkin Perkenalkan MacBook Air 15 Inci
  • Valve Didakwa Sedang Bangunkan CS: GO 2
  • Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis

Sumber: GSMArena

Gambar utama: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY