Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpj e-wallet

Semua Kaunter JPJ Di Seluruh Negara Kini Sokong e-Dompet

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melancarkan kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost.

Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, di JPJ Galeria.

“Inisiatif ini lebih cepat, selamat dan praktikal, serta seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini”, katanya.

JPJ turut memaklumkan, mereka telah berjaya mengutip RM5.6 billion melalui 46.5 juta transaksi tanpa tunai melalui kaunter dan aplikasi MyJPJ hingga 24 Ogos 2025, lalu.

Daripada jumlah itu, sejumlah 245,626 transaksi dibuat melalui e-dompet dengan kutipan sebanyak RM19.6 juta.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/1177258261097248

Berkaitan

  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY