Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad4_ featured image wiserMY 28082025

MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh Amalina Athman

Perekodan data biometrik yang dicadang menerusi pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) adalah melibatkan imej 10 cap jari, anak mata dan imbasan muka bagi menambah ciri keselamatan serta menyediakan data biometrik alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata terdapat keperluan penambahbaikan perekodan dan penggunaan jenis data biometrik yang bersesuaian dengan keadaan semasa, serta tahap keselamatan dan kerahsiaan maklumat, terutamanya bagi pendaftaran dan rekod pengenalan diri rakyat Malaysia.

“Ia selaras dengan cadangan untuk melaksanakan pengeluaran kad pengenalan struktur baharu bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Shamsul Anuar ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 yang kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Beliau menambah, peruntukan semasa dalam Akta 78 hanya melibatkan pengambilan kaedah gambar foto dan cap ibu jari sahaja. Dengan pengenalan data biometrik baharu, ia akan mengurangkan risiko pemalsuan identiti serta pengeluaran dokumen palsu.

Pengesahan biometrik yang lebih teratur dan tepat juga akan memudahkan proses semakan identiti individu dalam perkhidmatan kerajaan seperti pemberian subsidi, pendidikan, perubatan dan pilihan raya.

Selain itu, langkah ini turut membantu memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengesan jenayah setempat atau rentas sempadan.

Shamsul Anuar berkata Kementerian Dalam Negeri dan JPN kini dalam perancangan untuk mengeluarkan kad pengenalan generasi baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi menggantikan kad sedia ada yang digunakan sejak 2012.

Berkaitan

  • Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa, Hanya 5 Kategori Pegawai Boleh Pegang Kad Pengenalan
  • JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu
  • MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY