Terbaru, penawaran kemaskini Android Oreo telah dihentikan syarikat itu disebabkan terdapatnya aduan kegagalan fungsi peranti selepas dikemaskini.
Beberapa pengguna Mi A1 mendakwa kuasa bateri peranti semakin menyusut setelah mereka menggunakan sistem operasi baru dan dikatakan masalah itu berkaitan dengan fungsi Bluetooth.
Ada juga pengguna yang mengeluh apabila notifikasi paparan ambien tidak berfungsi dan yang lain pula menyatakan telefon tidak boleh menerima panggilan masuk sekiranya skrin paparan dimatikan.
Sebelum mengeluarkan versi stabil, Xiaomi telah menawarkan versi beta dengan tujuan mengatasi masalah pepijat yang menggangu pengguna. Tetapi mungkin kerana terburu-buru untuk menawarkannya pada peranti Mi A1, Xiaomi gagal "membunuh" pepijat pada versi itu.
Sumber: Reddit
Berkaitan
- POCO X3 GT Akan Dilancarkan Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan
- 3 Android Launcher Ini Sesuai Untuk Warga Emas Dan Rabun
- 5 Fungsi Android Terawal Yang Masih Kita Gunakan Hari Ini
- Ibu Pejabat Razer Di Malaysia Kini Rasmi, Bakal Kembangkan Razer Pay Dan Arena E-Sukan Tempatan
- Redmi Go Akan Mula Dijual 13 April Ini Pada Harga RM299
- Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS
- Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan
- Google Memperkenal Family Link, Aplikasi Pantau Peranti Anak-Anak
- Poster Didakwa Sebagai Peranti Redmi X Mula Berlegar Di Internet
- Xiaomi Lancarkan Pam Mudah Alih MIJIA