Menurut laporan terbabit, isu saman ini timbul berikutan syarikat pengeluar itu gagal menunaikan janji untuk mengadakan majlis makan malam bersama pengasas syarikat, Lei Jun.
Saman tersebut telah difailkan oleh Mr. Yang,salah seorang "Mi Fan" yang mendakwa Xiaomi telah membuat pengumuman pertandingan pada Ogos 2017 pada laman jual beli dalam talian mereka.
Pertandingan tersebut memerlukan peserta memilih salah satu syarat iaitu, jualan lebih dari 300 unit Xiaomi Mi 5X atau jualan lebih 300 unit Redmi Note 5A atau jualan lebih dari 400 unit untuk model Mi 5X dan Redmi Note 5A.
Sekiranya berjaya, peserta telah dijanjikan dengan ganjaran berupa majlis makan malam bersama Lei Jun. Walaupun sudah melepasi syarat yang ditetapkan, Mr.Yang masih tidak menerima ganjaran yang sepatutnya dan beliau turut menyatakan syarikat itu enggan memberikan menunaikannya selepas beberapa rundingan dibuat.
Tuntutan mahkamah itu dibuat di Mahkamah Haidian yang berada di bandaraya Beijing.
Umum mengetahui Mi Fan merupakan "kipas susah mati" (die hard fan) kepada jenama terbabit, dimana segala aktiviti yang dilakukan oleh syarikat dipenuhi dengan komuniti ini.
Isu ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada imej Xiaomi sebagai pengeluar peranti pintar yang semakin meningkat naik, lebih-lebih lagi di tanah air mereka sendiri.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Pelancaran Rasmi OPPO R9s Plus, Di Jual Pada Harga RM 2498
- Anda Pemilik Galaxy S10? Sembunyikan Lensa Hadapan Dengan Pelbagai Wallpaper Menarik Ini
- Aplikasi Ini Boleh Semak Kadar Gula Yang Terkandung Didalam Minuman
- Sebelum Ini Dikatakan Tahan Lasak, Sekarang Mi 11 "Dibedah" Pula
- Redmi Sah Akan Hadir Dengan Kamera 64MP, Xiaomi Bakal Guna Kamera 108MP
- OPPO Patenkan Rekaan Mirip Model Find X Tetapi Dengan Dua Kamera Swafoto
- (Khabar Angin) Rekaan Iphone 8 Mirip Dengan Samsung Galaxy S8
- Gaurav Agrawal - Pemilik Imej Yang Menyebabkan Peranti Android Gagal Berfungsi
- Xiaomi Hentikan Sementara Penawaran Android Oreo 8.0 Untuk Mi A1
- Mi 9T Pro Dikhabarkan Hadir Penghujung Ogos Ini