Xiaomi Dengan Rasminya Mengumumkan MIUI 10

Seminggu yang lepas, terdapat desas-desus mengatakan bahawa MIUI 10 sedang dalam pembangunan dan dijangka penawarannya berlangsung pada tahun ini.

Terbaru, pada sebuah acara persidangan yang dihadiri oleh pengasas merangkap naib presiden kanan Xiaomi, Hong Feng, beliau dengan rasminya mendedahkan mengenai sistem operasi tersebut.

Ura-ura sebelum ini menyebut Xiaomi bakal menggunakan nama MIUI X (nombor roman bagi 10) untuk sistem operasi seterusnya, namun dengan pengumuman rasmi ini, ia bakal disebut sebagai MIUI 10.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai MIUI 10 yang dikongsi, tetapi berdasarkan klu yang diberi sebelumnya , ia bakal memfokuskan terhadap kecerdasan buatan (AI).

Xiaomi sebelum ini telah berkongsi senarai 40 peranti yang sudah dan bakal menerima kemaskini MIUI 9.

Sedikit mengejutkan beberapa buah model lama turut tersenarai dan mungkin ia merupakan kemaskini terakhir buat model tersebut.

Sumber: IT Home