
Melihat pengamal media yang bertungkus lumus membuat liputan di Istana Negara, YDPA telah berkenan untuk mengedarkan makanan termasuk KFC dan McDonald kepada pengamal media. Terbaru, perkara tersebut turut menarik perhatian syarikat lain termasuk Xiaomi.

Melalui satu kiriman di Facebook rasmi Xiaomi, syarikat tersebut telah mengedarkan bank kuasa kepada media yang bertugas di hadapan Istana Negara. Berdasarkan salah satu gambar yang dikirimkan, ia jelas menunjukkan bahawa bank kuasa yang diedarkan adalah bank kuasa Redmi kapasiti 20,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Dengan kapasiti tersebut, ia mungkin dapat membantu wartawan yang bertungkus lumus menyampaikan perkembangan terkini mengenai isu politik semasa secara berterusan dari Istana Negara.
Sumber: Xiaomi Malaysia
Berkaitan
- CEO Xiaomi Beri Gambaran Model Baharu Mi MIX Mungkin Akan Dilancarkan Tahun Ini
- Siri Xiaomi 13 Bakal Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan
- Mi MIX Fold Diumumkan - Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi Dengan Lensa Cecair, Harga Bermula ~RM6316
- Xiaomi Paten Rekaan Telefon Pintar Dengan Fon Telinga TWS Terbina
- Mi 10 Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1999 Sempena Ulangtahun Ke-10 Xiaomi
- Xiaomi Bakal Adakan Acara Pelancaran Pada 29 Mac Ini
- Laporan IDC: Xiaomi Memintas Apple Sebagai Pengeluar Ketiga Terbesar Di Dunia Bagi Suku Ke-3 2020
- Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas
- Telefon Boleh Lipat Google, Xiaomi Dan OPPO Dilapor Akan Dilengkapi Panel OLED Dari Samsung
- Xiaomi Paten Sarung Pelindung Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Fon Telinga