Xiaomi melancarkan 10 produk baharu yang menggabungkan teknologi pintar dan peranti kesihatan untuk meningkatkan gaya hidup pengguna. Produk-produk ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dalam audio, pengecasan, kesihatan, dan hiburan.
Redmi Buds 6 dan Redmi Buds 6 Pro menawarkan pengalaman audio premium. Redmi Buds 6 dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) hingga 49dB, bunyi 360°, dan hayat bateri hingga 42 jam. Redmi Buds 6 Pro pula menyediakan tiga pemacu dengan ANC hingga 55dB serta mod audio dinamik dengan penjejakan kepala.
Redmi Watch 5 hadir dengan skrin AMOLED 2.07 inci terbesar dari Redmi, kecerahan sehingga 1500 nits, dan hayat bateri 24 hari. Ia menyokong lebih 150 mod sukan dan menawarkan pemantauan kadar jantung, oksigen darah, dan tidur dengan lebih tepat.
Siri Xiaomi Power Bank 10000 diperkenalkan dalam dua variasi. Xiaomi 33W Power Bank 10000 menawarkan pengecasan pantas dan sokongan untuk tiga peranti serentak. Sementara itu, Xiaomi 165W Power Bank 10000 memberikan output hingga 165W untuk telefon pintar, tablet, dan komputer riba.
Xiaomi Magnetic Power Bank 5000 hadir dengan reka bentuk nipis dan pengecasan tanpa wayar, manakala Ultra Slim Power Bank 5000mAh hanya seberat 93g, menjadikannya sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.
Untuk membersih rumah, Xiaomi Dust Mite Vacuum Cleaner menawarkan sedutan 12,000Pa dengan teknologi UV untuk menyingkirkan hingga 90% tungau dan bakteria, serta pengeringan udara panas pada 50°C untuk kebersihan yang optimum.
Xiaomi Smart Filtered Water Dispenser Pro menyediakan air bersih dengan teknologi penapis RO 6 peringkat, pemanasan air pantas, dan pensterilan UV untuk memastikan air sentiasa bersih dan selamat.
Bagi hiburan rumah, Xiaomi Smart Projector L1 menawarkan visual berkualiti tinggi dengan resolusi 1080p HD, sokongan 4K, dan skrin sehingga 120 inci. Lensa optikal definisi tinggi dan kecerahan 200 ISO Lumens memastikan gambar jelas dan terang.
Harga dan ketersediaan
Kesemua produk AIoT terbaru Xiaomi ini sudah pun tersedia untuk dibeli. Namun, Xiaomi Smart Filtered Water Dispenser Pro akan tersedia kelak.
Berikut adalah harga bagi barisan produk tersebut:
- Redmi Buds 6 – RM199
- Redmi Buds 6 Pro – RM299
- Redmi Watch 5 – RM459
- Xiaomi 33W Power Bank 10000 – RM119
- Xiaomi 165W Power Bank 10000 -RM209
- Xiaomi Magnetic Power Bank 5000 – RM109
- Xiaomi Ultra Slim Power Bank 5000 – RM109
- Xiaomi Dust Mite Vacuum Cleaner – RM259
- Xiaomi Smart Filtered Water Dispenser Pro – RM1399
- Xiaomi Smart Projector L1 – RM799
{suggest}