Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Akan Perkenalkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Minggu Hadapan

Xiaomi Akan Perkenalkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Minggu Hadapan

Diterbitkan November 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi telah mengesahkan tarikh pelancaran model Redmi 5 dan Redmi 5 Plus akan dilangsungkan pada 7 Disember hadapan. Pengumuman itu telah dibuat syarikat pengeluar berkenaan menerusi akaun rasmi Weibo mereka.

Xiaomi tidak berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai peranti-peranti itu tetapi ia telah pun tertiris beberapa hari yang lalu. Berdasarkan informasi yang tertiris, kedua-dua model bakal dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 5.7 inci beserat nisbah paparan yang semakin popular, 18:9.

Xiaomi Akan Perkenalkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Minggu Hadapan
Redmi 5

Redmi 5 dikhabarkan akan dikuasakan dengan Snapdragon 450 beserta 3 variasi storan iaitu…

  1. 2 GB RAM/16 GB memori
  2. 3 GB RAM/32 GB memori
  3. 4 GB RAM/64 GB memori.

Dibahagian kamera pula ia menampilkan lensa 12MP untuk kamera utama dan lensa 5MP untuk kamera selfie. Model ini juga dipercayai akan beroperasi dengan Android Nougat 7.1.2, bateri berkapasiti 3200 mAh serta pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Tiada maklumat jelas mengenai model Redmi 5 Plus dan desas-desus mengatakan ia bakal hadir dengan Snapdragon 625, bateri sebesar 4000 mAh dan juga rekaan yang hampir sama dengan Redmi 5.

Sumber: Xiaomi dan Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY