OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari

OnePlus 11 sudah dilancarkan China bulan lepas. Hari ini, ia dilancarkan di pasaran global pula.

Rasanya anda sendiri sudah tahu spesifikasinya utama seperti pengguna cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan bersama RAM jenis LPDDR5X dan storan UFS 4.0.



Bagi perisian dalam pula, sudah tentulah ia menjalankan OxygenOS 13 berasaskan Android terkini, 13.

  • 4 generasi OxygenOS

  • 5 tahun kemas kini keselamatan


Tidak mengejutkan, peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan bersama LPDDR5X RAM dan storan berasaskan UFS 4.0. Ia menjalankan OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13.



  • Skrin: 6.7 inci AMOLED E4 QHD+

    • 525 PPI

    • Bit-10 warna



  • RAM/Storan: 12/256GB, 16/256GB, 16/512GB

  • Kamera:

    • 50MP utama (IMX890)

    • 48MP ultra-lebar (IMX580)

    • 32MP telefoto (2x zum optik)



  • Bateri: 5,000mAh

    • 100W berwayar, tiada sokongan tanpa wayar




Lensa swafoto pula setinggi 16MP.

Yang menjadi tumpuan juga ialah gabungan teknologi dengan Hasselblad untuk kamera mereka. Ia merupakan generasi ketiga Hasselblad Camera for Mobile.

TurboRAW HDR akan menghasilkan gambar dengan julat HDR yang baik dengan perincian yang teliti.

Hasselblad Potrait Mode mampu menghasilkan gambar yang mirip seperti gambar yang diambil dengan kamera sebenar Hasselblad.

OnePlus 11

Ciri tambahan lain termasuklah kadar segar adaptif 1Hz-120Hz, resolusi QHD+, Dolby Vision untuk paparan, Dolby Atmos untuk audio dengan Directional Spatiol Audio melalui pembesar suara stereo,

Untuk sambungan pula, model ini sokong rangkaian 5GWiFi 7Bluetooth 5.3GNSS, NFC dan USB Type-C.

Seperti Galaxy Samsung S23 juga, ia juga menyokong Ray Tracing.s

Bukan saja menyokong Wi-Fi 7, ia juga boleh disambung pada dua jenis sambungan Wi-Fi pada masa serentak (2.4GHz dan 5GHz).

Tahun lepas, OnePlus 10 terus hadir dengan OnePlus 10 Pro, tanpa model biasa OnePlus 10. Tahun ini, berbeza.



Siri 11 kali ini, Presiden OnePlus Li Jie telah mengesahkan bahawa tidak ada model Pro untuk OnePlus 11.

Ini sebenarnya sudah cukup menunjukkan tahap keandalannya berbanding tahun lalu yang sedikit mengelirukan kerana ketiadaan model standard.

Namun, siri T sebagai kelas pertengahan premium (dipercayai OnePlus 11T) masih akan diteruskan seperti sebelum-sebelum ini.

Selain itu, alert slider juga kembali selepas dibuang dalam 10T.

{suggest}

Modul kamera gedabak di belakang kali ini tidak lagi berbentuk petak namun bulan yang dikatakan OnePlus diilhamkan daripada lohong hitam.

OnePlus 10 Pro dulu mempunyai bateri lebih kecil 4800mAh tapi sokong 150W dan pengecasan tanpa wayar.

Dua warna tersedia ialah Emerald Green dan Volcanic Black.

Acara pelancarannya di Malaysia akan berlangsung pada 14 Februari 2023 di Malaysia jadi harganya masih didedahkan sehingga tarikh itu.