vivo X90 Dan X90 Pro Tiba Di Malaysia - Sensor 1 Inci, Kamera ZEISS, 120W

vivo sebentar tadi sudah melancarkan siri terbaharu iaitu vivo X90. Terdapat 2 model dibawa ke Malaysia iaitu versi standard dan Pro. Melalui cubaan kami menggunakan X90 Pro, ia menyokong 5G DNB di Malaysia.

Kedua-duanya dilengkapkan dengan lensa daripada ZEISS, salutan T*, sokong FlashCharge 120W, menjalankan Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13.



Selain itu, dua model ini juga sama dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9200 5G dengan RAM sebesar 12GB dan storan 256GB.

Pengesan cap jari pada dua telefon ini juga seperti model sebelumnya iaitu di bawah skrin. Ia juga menggunakan skrin melengkung.



Selain itu, ia juga disertakan cip V2 sebagai ISP untuk melancarkan lagi proses rakaman dan fotografi selain menambah baik kualiti. Tahun ini, tiada lensa periskop disertakan.

vivo X90




Baterinya sebesar 4180mAh boleh dicas dengan pengecas dibekalkan yang mampu menyediakan kuasa sehingga 120W.

Paparannya menggunakan skrin rata AMOLED (FHD+) bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar 120Hz.

Seperti biasa, fokus siri X ialah kameranya.

  • 50MP f/1.75 utama

  • 12MP f/2.0 sudut lebar

  • 12MP f/1.98 potret telefoto

  • Swafoto 32MP


Kedua-dua model juga hadir dengan teknologi hasil kerjasama dengan ZEISS bersama salutan T* dalam memberikan hasil gambar dan video terbaik.

Untuk sambungan, ia menyokong rangkaian 5G, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6 dan NFC.



Ia boleh didapati dalam 2 warna iaitu biru dan hitam.

Spesifikasi lanjut atau niat untuk membelinya boleh diteruskan di laman web vivo.

vivo X90 Pro




Bateri padanya lebih besar iaitu 4870mAh namun sama sokong 120W daripada teknologi FlashCharge mahupun pengecas lain yang berkemampuan.

Oh ya, pengecas dibekalkan pada kedua-duanya hadir dengan lubang USB-C, bukan USB-A seperti biasa. Jadi, kabel disertakan juga ialah USB-C ke USB-C.



Selain itu, skrin AMOLED ditampilkan ialah 6.78 inci dengan 120Hz.

Perbezaan kamera pula, model Pro mempunyai 2 lensa 50MP. Lensa 1 inci IMX 989 hanya tersedia pada model Pro ini saja.

  • 50MP f/1.75 utama

  • 12MP f/2.0 sudut lebar

  • 50MP f/1.6 potret telefoto

  • Swafoto 32MP


Ciri-ciri daripada ZEISS semestinya tidak ditinggalkan seperti LUT filem, kesan bokeh yang pelbagai dan banyak lagi.



Kami pernah mengulas vivo X80 Pro tahun lalu, anda boleh bacanya di SINI.

Lain-lain spesifikasi sama saja dengan model standard tapi hanya tersedia dalam 1 warna iaitu hitam.

Kami akan keluarkan ulasannya dalam bentuk video di YouTube dan artikel minggu hadapan.

Bagi maklumat lebih lanjut atau mahu mendapatkannya, boleh diakses di laman web vivo.


Harga jualan di Malaysia


vivo X90 (12/256GB) - RM3,699

  • Klik SINI untuk beli di Shopee

  • Klik SINI untuk beli di Lazada



vivo X90 Pro (12/256GB) - RM4,999 

  • Klik SINI untuk beli di Shopee

  • Klik SINI untuk beli di Lazada