Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox Series X Malaysia_1

Xbox Series X Dijangka Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan Januari 26, 2024 · Dikemas kini Januari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, konsol permainan Xbox – Series X atau Series S, tidak pernah ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Akan tetapi, Microsoft pada tahun lalu telah mengumumkan Xbox Wireless Controllers untuk pasaran Malaysia.

Mula dilaporkan Lowyat.net, Xbox Series X kini didapati telah pun tersenarai dalam pangkalan data SIRIM.

Berkaitan

  • Microsoft Mungkin Umum Xbox Series X Tanpa Slot Cakera Pada Tahun Depan
  • Microsoft - Kenaikan Harga Langganan Game Pass Tidak Dapat Dielakkan
  • 'Controller' Xbox Kini Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM319

Dalam penyenaraian di SIRIM, ia memperlihatkan Xbox Series X dengan nombor model 1882 telah menerima kelulusan pada 20 Disember 2023. Xbox Series X Malaysia

 

Permohonan pensijilan di bawah nama Ingram Micro Malaysia, yang mungkin menunjukkan pengedar rasmi bagi konsol itu kelak. Ingram Micro sebelum ini turut menjadi pengedar bagi sejumlah produk Microsoft termasuk Surface Go 3, Surface Laptop Go dan lain-lain.

Buat masa ini, belum ada sebarang pengumuman daripada Ingram Micro mahupun Microsoft. Namun, dengan penyenaraian di SIRIM, dapat dijangkakan Xbox Series X akan dijual dalam kapasiti rasmi untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY