Microsoft Mungkin Umum Xbox Series X Tanpa Slot Cakera Pada Tahun Depan

Microsoft hanya memperkenalkan Xbox Series S Carbon Black sahaja sejak pelancaran Sony PlayStation 5. Dan kini, Microsoft dikatakan bakal memperkenalkan Xbox Series X serba baharu pada tahun 2024 depan.



Konsol tersebut bakal menjadi Xbox yang paling berkuasa pernah dihasilkan sebelum ini dan menariknya lagi, ia juga adalah sebuah konsol yang digital sepenuhnya dan tiada slot cakera.

Konsol ini dikatakan guna teknologi 6nm, bluetooth 5,2, Wi-Fi 6E, pilihan storan 2TB dan dikatakan berharga USD499 (~RM2,349.00).

Perkara ini didedahkan berdasarkan perbicaraan FTC dan firma teknologi AS itu. Selain itu, Microsoft juga dilapor akan memperkenalkan alat kawalan Xbox yang baharu dengan nama kod Sebile.



Sebile akan menyokong komponen accelerometer di mana pengguna boleh mengaktifkan peranti itu hanya dengan mengangkatnya sahaja. Alat kawalan tersebut akan dilancarkan pada 2024 depan sama seperti Xbos Series X yang baharu itu.

Sebile dijangkakan berharga USD69.99 (~RM329.00), sokong pergerakan balik haptik, ketersambungan secara terus kepada awan dan bluetooth 5.2.

Respons CEO Microsoft Gaming Akan Ketirisan Maklumat Sulit Ini




Untuk pengetahuan anda, semua maklumat yang telah didedahkan itu adalah sulit dan Phil Spencer menjawab bahawa beliau berasa kurang senang akan pendedahan tersebut.

https://twitter.com/XboxP3/status/1704233222752571842

Hal ini demikian kerana beliau menyatakan bahawa pasukan Microsoft Gaming melabur begitu banyak masa, tenaga, idea dan dana untuk membangunkan projek konsol tersebut. Dan berharap ia dapat diumumkan pada masa dan dengan cara yang baik, betul dan tepat berbanding seperti sekarang ini.

Tetapi, saya boleh katakan kepada anda bahawa Xbox Series X yang baru itu dan alat kawalan Sebile tersebut adalah tepat dan benar belaka.

{suggest}

Hal ini demikian kerana respons CEO Microsoft Gaming itu adalah kekecewaan beliau terhadap pendedahan projek konsol baharu yang sedang dibangunkan beliau. Dan bukanlah menafikan perkara tersebut.

Jadi, kita boleh menjangkakan dan hanya perlu menunggu sahaja kehadiran Xbox Series X dan alat kawalan baru itu yang akan hadir pada tahun depan.

Sumber: The Verge, The Verge