Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (9)

‘Controller’ Xbox Kini Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM319

Diterbitkan Oktober 13, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh Muhd Idham

Microsoft secara rasminya telah mengumumkan alat kawalan Xbox tanpa wayar mereka kini boleh didapati di pasaran Malaysia.

Langkah ini diambil untuk memperluaskan produk mereka ke negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Jangan keliru, alat kawalan Xbox yang dijual sebelum ini adalah set import yang mana ia dibawa masuk oleh pekedai pihak ketiga. Akan tetapi, ia kini sudah dibawa masuk secara rasmi ke pasaran tempatan.

Screenshot 2023-10-13 095359

Seperti biasa, alat kawalan Xbox ini memerlukan dua bateri AA dan boleh digunakan di PC dan peranti-peranti lain yang sesuai sama ada secara tanpa wayar atau melalui kabel USB-C.

Terdapat 6 pilihan warna yang berbeza dipasarkan di Malaysia iaitu warna asas mereka, Carbon Black dan Robot White bersama-sama Shock Blue, Pulse Red dan Electric Volt.

Namun begitu, pilihan keenam adalah bundle iaitu unit Carbon Black yang disertakan sekali bersama kabel USB-C.

Featured Image – Wiser Article (8)

Berikut adalah harga bagi setiap alat kawalan tersebut:

Carbon Black dan Robot White – RM319

Shock Blue, Pulse Red dan Electric Volt – RM339

Bundle (Carbon Black + kabel USB jenis C) – RM319

Untuk pembelian, anda boleh melayari laman web rasmi Xbox. Namun, anda juga boleh membelinya menerusi pengedar yang sah. Boleh semaknya di SINI.

Berkaitan

  • ROG Phone 6 Tampil Dengan Edisi Terhad MLBB, Dijual Pada Harga RM2299
  • 5G CelcomDigi Kuasakan Gudang AI Pertama Di Malaysia
  • OnePlus Sahkan Nama, Tarikh Pelancaran Telefon Lipat Pertama
  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya

Sumber: Xbox Sea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY