Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WWE Network Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 1 Januari 2025, Berpindah Ke Netflix

WWE Network Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 1 Januari 2025, Berpindah Ke Netflix

Diterbitkan November 27, 2024 oleh ariff bukhari

WWE telah mengubah landskap gusti profesional pada 24 Februari 2014 apabila mereka melancarkan WWE Network, perkhidmatan penstriman berasaskan langganan yang memaparkan semua rancangan dan acara premium WWE, termasuk program terkini dan arkib mereka.

Tetapi, lebih sedekad kemudian, WWE Network mengumumkan bahawa ia akan ditamatkan sepenuhnya.

Dalam e-mel kepada pelanggannya, WWE mengumumkan bahawa WWE Network tidak lagi tersedia mulai 1 Januari 2025, kerana WWE akan berpindah ke Netflix.

WWE Netflix

Perpindahan ini melibatkan semua rancangan mingguan WWE seperti Monday Night RAW, Friday Night SmackDown, dan NXT, serta acara premium seperti WrestleMania, Royal Rumble, dan SummerSlam.

Arkib sejarah rancangan dan perlawanan WWE juga akan disediakan di Netflix mulai 2025.

https://x.com/WrestleOps/status/1859929891485151407

Episod langsung pertama Monday Night RAW akan disiarkan di Netflix pada 6 Januari 2025, menampilkan bintang utama seperti John Cena, Cody Rhodes, Roman Reigns, CM Punk, dan Bianca Belair, serta tetamu seperti Travis Scott.

Bagi pelanggan WWE Network yang belum melanggan Netflix, anda mempunyai masa sehingga 1 Januari 2025 sebelum WWE Network ditutup sepenuhnya, dan anda perlu beralih ke Netflix untuk terus menikmati kandungan WWE.

Netflix akan menjadi platform baharu eksklusif Raw di AS, Kanada, UK dan Amerika Latin, antara wilayah lain, dengan negara dan wilayah tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia
  • Pertarungan Jake Paul vs Mike Tyson Catat Rekod 108 Juta Penonton Di Netflix

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY