Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertarungan Jake Paul vs Mike Tyson Catat Rekod 108 Juta Penonton Di Netflix

Pertarungan Jake Paul vs Mike Tyson Catat Rekod 108 Juta Penonton Di Netflix

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Pertarungan epik antara Jake Paul dan Mike Tyson kini menjadi acara sukan paling banyak distrim dalam sejarah, menurut Netflix. Dengan purata 108 juta penonton global dan 65 juta strim serentak, ia mengatasi rekod sebelumnya meskipun menghadapi masalah kualiti video dan penimbalan.

Data menunjukkan 38 juta daripada penonton serentak datang dari AS, yang mewakili 56% tontonan TV antara tengah malam hingga 1 pagi hari itu. Rekod ini menandakan pencapaian besar untuk Netflix dalam bidang penstriman acara langsung.

Selain itu, pertarungan Katie Taylor dan Amanda Serrano turut mencipta sejarah sebagai acara sukan wanita profesional paling banyak ditonton di AS dengan purata 47 juta penonton.

Walaupun angka ini mengagumkan, ramai peminat NFL dan WWE masih meragui terhadap kemampuan Netflix mengurus tontonan besar untuk acara langsung akan datang.

Selepas kejayaan penyiaran pertarungan antara Jake Paul dan Mike Tyson, Netflix merancang untuk menyiarkan dua perlawanan bola sepak pada Hari Krismas, termasuk persembahan separuh masa oleh Beyoncé, serta WWE Monday Night Raw tahun depan.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Pelajar Malaysia Tingkat Kemahiran Digital Melalui Program Akar 
  • Kelayakan Piala Dunia 2026, China Vs Jepun Tampilkan Poster Epik Goku Dan Wukong
  • Kadokawa Sahkan Sony Berminat Ambil Alih Syarikat
  • Pengguna U Mobile 5G Nikmati Pengalaman Main Permainan Mudah Alih Terbaik Di Malaysia - Opensignal

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY