Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

World Visa Dilancar, Kad Debit Pertama Di Dunia Untuk Pengesahan Identiti Manusia

Posted on Mei 27, 2025Mei 27, 2025

Seiring dengan kemajuan AI, adalah semakin penting untuk membezakan antara manusia dan bot dalam talian.

Sebagai sebahagian daripada misi untuk mempercepatkan kesediaan manusia dalam era AI, World di acara “At Last” yang telah berlangsung di San Francisco telah mengumumkan produk baharu dan kerjasama strategik dengan mengumumkan World Visa Card, kad pertama di dunia untuk manusia yang disahkan.

Ia sebagai usaha syarikat itu memperkukuh piawaian global untuk pengesahan identiti manusia dalam talian.

World Visa Card merupakan kad debit pertama di dunia untuk pengesahan identiti manusia.

World menyatakan, Kad World Visa mereka disokong oleh lebih daripada 150 platform perniagaan di seluruh dunia.

Kad World Visa akan disambungkan terus kepada aplikasi World individu, membolehkan mereka membelanjakan aset digital mereka di mana sahaja Visa diterima, sama ada dalam talian mahupun di kedai fizikal di seluruh dunia.

World turut mengumumkan kerjasama dengan Circle (USDC), Kalshi, Morpho, serta pelancaran Orb Mini dan perluasan World Network ke AS.

Dengan teknologi zero-knowledge proof dan penyulitan terbina, pengguna hanya perlu sahkan identiti sekali, tanpa dedahkan maklumat peribadi untuk mengakses pelbagai platform sosial, perbankan dan komuniti digital dengan lebih selamat.

World Orb.

Menurut World, di Malaysia sahaja, sudah terdapat lebih daripada 500,000 rakyat Malaysia telah mengesahkan identiti mereka melalui Orb yang tersedia di 40 lokasi seluruh negara.

Rakyat Malaysia boleh menyertai rangkaian ini dengan memuat turun aplikasi World di iOS atau Android dan mengesahkan identiti  melalui Orb atau pasport.

Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai ekosistem perkhidmatan di mana setiap interaksi bermula dengan pengesahan indentiti manusia.

{suggest}

Sumber: World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress