'Wonder Woman 1984' Sekali Lagi Ditangguhkan Hingga Hari Krismas

wonder woman 1984

Tayangan filem Wonder Woman 1984 sekali lagi ditangguhkan, dan kali ini dijadualkan tayangan perdananya pada 25 Disember 2020.

Sekuel kepada Wonder Woman (2017) ini pada asalnya dirancang untuk ditayangkan tahun lepas pada 13 Disember 2019. Ini merupakan kali kelima filem ini ditunda tayangannya. Penangguhan pertama ditukar hingga November 2019 dan yang kedua sepatutnya menyangkan filem ini sebagai blockbuster musim panas pada bulan Jun 2020. Namun, pandemik Covid-19 yang berterusan telah memberi kesan terhadap panggung wayang di Amerika, menyebabkan filem ini ditunda untuk beberapa kali.

Oleh itu, Warner Bros. menunda tayangan Wonder Woman 1984 hingga 14 Ogos 2020, kemudian hingga 2 Oktober, dan akhirnya hingga 25 Disember.

Menurut Variety, studio produksi tersebut menunggu untuk menilai penjualan tiket filem 'Tenet', sebelum membuat keputusan mengenai 'Wonder Woman'. Tenet berjaya mengutip lebih dari US$150 juta (~RM622 juta) di seluruh dunia, manakala Wonder Woman yang pertama menghasilkan lebih dari US$800 juta (~RM3.3 bilion) pada tahun 2017.

https://www.youtube.com/watch?v=XW2E2Fnh52w

Mustahil untuk meramalkan masa depan , tetapi semuanya masih meragukan lebih-lebih seluruh dunia sedang menghadapi wabak Covid-19. Sekiranya Wonder Woman 1984 dilancarkan sewaktu Hari Krismas, diharapkan dapat dilakukan dalam keadaan selamat yang menghormati dan memelihara kesihatan awam.

Sumber: Variety & The Verge

Baca lagi: ‘BLACKPINK: Light Up the Sky’ Akan Hadir Di Netflix Pada 14 Oktober

Berkaitan