Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackpink: light up the sky

‘BLACKPINK: Light Up the Sky’ Akan Hadir Di Netflix Pada 14 Oktober

Diterbitkan September 10, 2020 oleh Nadiah Ab

Netflix baru sahaja mengumumkan tayangan perdana dokumentari baru mengenai bintang K-pop, BLACKPINK: Light Up the Sky pada 14 Oktober nanti.

Diumumkan di Twitter rasmi Netflix, syarikat striman itu menyatakan siri itu boleh ditonton oleh semua di seluruh dunia. Setelah pelancarannya nanti, gambar-gambar ahli kumpulan – Lisa, Rosé, Jisoo dan Jennie – juga akan tersedia sebagai ikon profil di Netflix.

BLACKPINK: Light Up the Sky — an all-access documentary about one of the world's most popular groups — premieres in your area on October 14!

Oh and that’s not all … on October 14, these music icons will also become Netflix profile icons pic.twitter.com/b9t00VnEMO

— Netflix (@netflix) September 9, 2020

Dokumentari BLACKPINK: Light Up the Sky akan disiarkan dua minggu selepas pelancaran album debut mereka yang sangat dinanti-nantikan.

Setakat ini, dua lagu dari album tersebut telahpun dilancarkan, iaitu ‘How You Like That‘ dan ‘Ice Cream‘ yang menampilkan Selena Gomez, hasil tulisan bersama oleh Ariana Grande dan Victoria Monet. Dokumentari ini nanti akan memaparkan kebangkitan kumpulan ini, yang telah muncul di carta Billboard Hot 100 dengan lagu Ice Cream.

Diarahkan oleh Caroline Suh, pengarah siri Salt Fat Acid Heat, dan diterbitkan oleh RadicalMedia, filem ini menampilkan wawancara eksklusif dengan setiap ahli dan juga rakaman yang tidak pernah dilihat sebelumnya.

‘BLACKPINK: Light Up the Sky’ Akan Hadir Di Netflix Pada 14 Oktober

Penonton akan dapat melihat sesi rakaman kumpulan BLACKPINK, susah senang menjadi idola K-pop, dan akhirnya persembahan mereka di Coachella pada tahun 2019.

Menurut BLACKPINK, mereka tidak sabar untuk berkongsi kehidupan mereka dengan peminat mereka melalui Netflix. Mereka juga berharap ia dapat membawa kegembiraan dengan menikmati perjalanan mereka dalam dunia seni sejak empat tahun yang lalu.

Sumber: Siaran Akhbar Netflix & Decider

Baca lagi: ‘Keeping Up With the Kardashians’ Tamat Selepas 20 Musim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY