'Tenet', Filem Terbaru Christopher Nolan Memperoleh Lebih US$150 Juta

tenet

Filem terbaru arahan Christopher Nolan, Tenet berjaya memperoleh lebih US$150 juta (~RM624 juta) seluruh dunia setelah dilancarkan baru-baru ini. Filem yang telah beberapa kali ditangguhkan ini, dibintangi oleh John David Washington dan Robert Pattinson.

Tenet, bagaimanapun, bagaikan penentu arah industri pawagam di kala pandemik Covid-19, kerana dianggap sebagai pelancaran terbesar setelah pawagam dibuka semula.

Menurut VarietyTenet mencecah hampir £114 juta (~RM624.57 juta) di seluruh dunia, yang selaras dengan jangkaan keadaan semasa. Filem ini juga berjaya mengutip £15.2 juta (~RM83 juta) di Amerika Syarikat pada hujung minggu, dan £78.3 juta (~RM428.9 juta) di peringkat antarabangsa.

tenet

Pihak Warner Bros. mengatakan bahawa mereka "sangat gembira" dengan kejayaan sejauh ini. Menurutnya, "There is literally no context in which to compare the results of a film opening during a pandemic with any other circumstance. We are in unprecedented territory, so any comparisons to the pre-COVID world would be inequitable and baseless."

Tenet telahpun mula ditayangkan di Malaysia sejak 27 Ogos yang lalu. Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda.

Sumber: Entertainment Weekly & Forbes

Baca lagi: Robert Pattinson Dijangkiti Coronavirus, Penggambaran ‘The Batman’ Berhenti Seketika