Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pakej perpaduan prepaid

8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Diterbitkan Februari 28, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan telah pun mengumumkan Pakej Perpaduan khusus bagi Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid). Kini pakej tersebut sudah pun boleh dinikmati bermula hari ini (28 Feb 2023).

Tetapi mungkin masih ada pengguna yang masih kurang faham dengan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ini.

Jadi di sini dikongsikan 8 perkara penting yang perlu anda tahu tentang Pakej Perpaduan tersebut.

1. Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih disasarkan kepada warganegara Malaysia dalam golongan berikut:

  • Remaja dan Belia (berumur 12-30 tahun);
  • Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas);
  • Pesara Polis, Veteran Tentera dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  • Orang Kurang Upaya (OKU);
  • Kumpulan Berpendapatan B40 (isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah).

2. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengesahan kelayakan bagi membolehkan anda mendaftar dengan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih:

dokumen diperlukan untuk mendaftar pakej perpaduan prepaid

3. Pakej ini boleh didapati dari setiap Operator Rangkaian Mudah Alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications yang tertakluk kepada Terma dan Syarat.

4. Pengguna boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3Mbps selama 180 hari. Tetapi, jika data sedia ada (30GB) itu telah habis digunapakai sebelum tamat tempoh 180 hari, anda boleh melanggan mana-mana pas internet yang aktif.

5. Anda boleh melanggan semula Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih dengan operator berbeza apabila data internet telah habis atau tempoh 180 hari tamat.

6. Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ini boleh dibeli terus dari pusat/ kios penyedia perkhidmatan (Telco) yang terlibat ataupun secara dalam talian melalui laman sesawang telco yang terlibat.

7. Pakej ini mula ditawarkan pada 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

8. Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini akan dihentikan selepas pelancaran Pakej Perpaduan iaitu pada 28 Februari 2023. Walau bagaimanapun, pengguna Pakej Remaja yang mematuhi syarat kelayakan untuk melanggani Pakej Perpaduan boleh melanggan Pakej Perpaduan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan tanpa pembelian kad SIM yang baru.

Setiap telco mungkin akan mengeluarkan spesifikasi khusus Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih yang ditawarkan mereka.

Jadi adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan info lebih lanjut dari telco-telco tersebut tentang Pakej Perpaduan tersebut.

Berkaitan

  • Tak Faham Dengan Notis Privasi CelcomDigi? Lihat Infografik Ini
  • U Mobile Lancar Pakej Perpaduan: RM30, 30GB, 3Mbps
  • Pakej Perpaduan CelcomDigi Juga Dilancar, Ada Pas Tambahan Internet Serendah RM3

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY