Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wise eSIM_2

Wise Kini Gabungkan Pembayaran QR Global, eSIM Tersuai Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Oktober 6, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2026 oleh Amalina Athman

Wise kini menambah ciri baharu dalam aplikasinya untuk kemudahan perjalanan, menjadi yang pertama menggabungkan pembayaran QR global dan eSIM yang boleh disesuaikan dalam satu aplikasi.

Pengguna Wise di Malaysia antara yang terawal di dunia menerima akses kepada kedua-dua ciri ini. Menurut Wise, langkah tersebut memberi tumpuan kepada dua perkara yang sering menjadi cabaran ketika perjalanan antarabangsa, iaitu membuat pembayaran dan mendapatkan sambungan internet.

Untuk pembayaran, Wise kini menyokong pembayaran QR di lebih 50 destinasi melalui beberapa rangkaian pembayaran tempatan. Antaranya termasuk PayNow di Singapura, QR Ph di Filipina, Swiss QR-bill di Switzerland dan Qvik di Hungary.

Wise QR scanner_1

Pengguna Malaysia juga boleh menggunakan pembayaran QR melalui Alipay+ di destinasi yang disokong. Di tanah besar China, contohnya, pengguna Wise boleh membuat pembayaran di peniaga yang menyokong Alipay+ secara terus melalui aplikasi tanpa memerlukan kad bank China, nombor telefon tempatan atau aplikasi berasingan.

Wise turut menyatakan ciri tersebut boleh membantu pengguna yang sebelum ini perlu membawa wang tunai atau mendaftar e-dompet tempatan apabila berdepan peniaga yang tidak menerima kad antarabangsa.

Pelan eSIM Wise

Satu lagi ciri baharu ialah eSIM Wise yang membolehkan pengguna menetapkan sendiri jumlah data dan tempoh penggunaannya. Langkah ini memberi lebih fleksibiliti berbanding pakej data tetap yang biasanya disediakan untuk tempoh atau jumlah tertentu.

eSIM hanya perlu dipasang sekali pada peranti, manakala pembelian data boleh dibuat terus melalui aplikasi Wise apabila diperlukan. Pengguna juga boleh mendapatkan bayaran balik untuk data yang tidak digunakan, termasuk apabila rancangan perjalanan berubah.

Wise eSIM_1

Wise menyatakan eSIM kini tersedia di lebih 150 destinasi, manakala pelan data tersuai ditawarkan kepada pelanggan di beberapa pasaran termasuk Malaysia.

Selain pembayaran QR dan eSIM, aplikasi Wise turut menyediakan fungsi seperti peta ATM global, pas ruang istirahat lapangan terbang secara bayar mengikut penggunaan dan ciri untuk membahagikan bil dalam pelbagai mata wang.

Kedua-dua pembayaran QR dan pelan eSIM ini kini tersedia kepada pelanggan Wise Account yang layak mulai hari ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY