Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows update

Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala iPhone

Diterbitkan Mei 29, 2025 ยท Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini berhasrat untuk menyatukan proses kemas kini perisian Windows, mirip sepertimana telefon pintar seperti iPhone dan Android.

Perkara itu diumumkan oleh pengurus produk Microsoft, Angie Chen.

Sistem baharu yang dikenali sebagai Windows Update Orchestration Platform membolehkan pembangun menghantar kemas kini perisian untuk aplikasi kecil hinggalah pakej besar seperti Adobe Creative Suite terus melalui Windows Update.

Pendekatan ini akan memberikan pengalaman kemas kini yang lebih mudah, selamat dan automatik kepada pengguna, tanpa perlu membuka aplikasi satu per satu untuk dikemas kini.

Microsoft juga akan menyaring kemas kini keselamatan, masa pemasangan yang lebih sesuai dan menyatukan log serta notifikasi kemas kini dalam satu tempat.

Namun, terdapat kekangan awal seperti keperluan reboot untuk sesetengah aplikasi.

Program ini masih di peringkat awal pembangunan, jadi Microsoft tidak merancang untuk menggantikan sepenuhnya kaedah kemas kini sedia ada ketika ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Malaysia Sasar Dominasi Dunia Dalam Kripto Patuh Syariah
  • Dominasi Apple Berterusan, iPhone 16 No.1 Suku Pertama 2025

Sumber: Windows IT Pro Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
  • Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 - Tiket Mula Dijual Pertengahan November
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
©2026 WISER.MY