Pada suku pertama 2025, iPhone 16 muncul sebagai telefon pintar paling laris di dunia, menurut laporan Counterpoint Research.
Ia hasil daripada jualan iPhone 16 yang memberangsangkan dengan mencatat kejayaan ketara di Jepun dan rantau Timur Tengah & Afrika (MEA).
iPhone 16 Pro Max dan Pro turut berada di kedudukan kedua dan ketiga meskipun menghadapi cabaran di China akibat subsidi kerajaan dan persaingan sengit daripada jenama tempatan seperti Huawei.
Model baharu iPhone 16e juga berjaya menembusi carta dengan menduduki tempat keenam dalam senarai 10 telefon pintar terlaris pada bulan Mac 2025 pada bulan penuh pertama pelancarannya dengan jangkaan mengatasi prestasi iPhone SE 2022.
Samsung pula menerusi Galaxy S25 Ultra hanya menduduki tempat ketujuh, sedikit menurun berbanding pendahulunya.
Manakala Galaxy A16 5G dan A06 menunjukkan pertumbuhan kukuh, khususnya di Amerika Utara dan dalam pasaran membangun.

Model bajet dari Samsung ini menyumbang kepada peningkatan permintaan telefon pintar berharga rendah, yang kini menguasai hampir 20% jualan global.
Satu-satunya model selain dari Apple dan Samsung dalam carta ini ialah Xiaomi Redmi 14C 4G, yang merekodkan pertumbuhan tahunan 43%, kukuh di pasaran MEA dan Amerika Latin (LATAM).

{suggest}
Sumber: Counterpoint Research