Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Sasar Dominasi Dunia Dalam Kripto Patuh Syariah

Malaysia Sasar Dominasi Dunia Dalam Kripto Patuh Syariah

Diterbitkan Mei 29, 2025 ยท Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Luno menyambut baik hasrat Malaysia untuk menjadi pusat kripto Islam global, susulan pelaburan strategik Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam bank digital Islam, Fasset.

Malaysia, yang sudah lama menjadi pelopor dalam kewangan Islam sejak 1980-an, kini mengambil langkah lebih jauh dalam dunia aset digital.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan 21 aset kripto setakat ini, dan 15 daripadanya disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC.

Malaysia juga mencipta sejarah sebagai negara pertama yang membenarkan pelabur Muslim membuat staking Ethereum, iaitu proses mengunci aset kripto untuk mendapatkan ganjaran secara patuh syariah melalui platform berlesen seperti Luno.

Pensijilan ini diperoleh daripada Amanie Advisors pada Disember tahun lalu.

Luno kini giat memperluas tawaran produk dan servis patuh syariah untuk menarik lebih ramai pelabur Islam serta menyokong aspirasi negara dalam membina ekosistem kewangan digital yang inklusif.

Kerjasama berterusan antara kerajaan, penggubal dasar, pakar syariah dan pemain industri dilihat penting untuk merealisasikan cita-cita ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Perlombongan Kripto Haram Meningkat 300%, TNB Rugi Ratusan Juta
  • Golongan Muda Paling Ramai Guna ChatGPT Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY