Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS

WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan Mac 27, 2020 oleh Amalina Athman

Selain membasuh tangan dan mengekalkan jarak sosial, apa yang kita boleh lakukan pada ketika ini adalah membendung penyebaran berita palsu dan hanya menyampaikan berita berdasarkan fakta.

Kini, WHO bakal melancarkan aplikasi rasmi bagi pengguna Android dan iOS yang bertujuan untuk menyampaikan berita, tip, makluman terkini dan lain-lain berkaitan Covid-19 pandemik.

WHO COVID 19

Aplikasi yang pada masa ini akan dilancarkan di bawah nama “WHO MyHealth” asalnya dicadangkan oleh sekumpulan pakar sukarelawan sebagai “WHO Covid Collective App”. Pasukan yang membangunkan aplikasi ini terdiri daripada bekas pekerja Google dan Microsoft serta penasihat dan duta WHO, bersama dengan pakar industri lain.

WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS

Berdasarkan laporan dari 9to5Google, aplikasi yang dibangunkan secara sumber terbuka ini akan menawarkan notifikasi spesifik kepada lokasi anda, serta alat yang dapat membantu mendiagnosis sama ada anda mempunyai gejala COVID-19. Selain itu, ia juga mungkin hadir dengan fungsi sejarah lokasi pengguna dalam usaha untuk melakukan “kontak pengesanan” bagi memahami lebih lanjut mengenai penyebaran wabak ini.

Bagaimanapun, dengan mengambil kira privasi pengguna melalui perkongsian sejarah lokasi yang lebih mendalam, ia masih dipertimbangkan sama ada fungsi ini bakal hadir dalam aplikasi tersebut.

Mengikut pelan pembangunan semasa, aplikasi MyHealth WHO mungkin akan dilancarkan pada 30 Mac ini bagi peranti iOS dan Android.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY